My New Baby :)

Dimengarut oleh : Syazwani Ahamad , Friday 27 January 2012

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Hopefully baik baik saje smua. heheh. Rasa mcm lama dah tak update blog ni. Padahal baru berapa hari je pun. Hahah. Okay aku nak kongsi kegembiraan sikit di memalam buta ni. Hah, dua hari lepas kan mak aku ajak pergi kedai motor. Kalau dah pergi kedai motor tu dah sah sah laa nak tengok motor ataupun beli motor. Tahu sbb apa boleh smpai kdai motor tu. Sebab seminggu dua ni aku merengek rengek mcm baby nak susu sebab aku nak motor. Kata aku, aku nak laa ada motorsendiri untuk pergi kerja. Ayattt* Haha. Tapi mmg untuk pergi kerja pun. Mula mula masuk kedai motor tu mak aku pergi belah motor secondhand je. Rasa mcm errr, tak smngat laa sgt kan. Hahah. Pastu makin lama kat kedai tu makin berganjak laa plak kat motor motor yang baru. Alahai mmg berdoa jelaa nak sgt motor baru hah. Finally mak aku cakap "Kakak pilih laa nak motor yang mana". What? Alhamdulillah syukur kepadamu ya Allah. Lepas pilih pilih dah settle payment semua, petang tu org kdai tu call suruh datang amik motor. Heheh. Wahh, aku kembang setaman tak terkata laa kan. heheh. Nak tahu aku pilih motor apa? Sama sama kita saksikan :)
Taraaaaaaaaaaaaa !
Yamaha Ego S pujaan hatiku. Weee :)
Plate paling baru kat Perak okay. And motor ni atas nama aku. Heheh.

Hah, tu laa motor pilihan aku setelah sejam lamanya memilih motor motor di situ. Act mmg aku nak sangat motor ni sebab moto cute and molek je. Especially untuk perempuan. Lagipun aku tak berapa minat sgt dengan motor ada gear ni. And dah jemu naik motor bergear. So ubah laa selera sikit kan. Hahah. Rasa mcm tak sangka plak ada motor sendiri. hehe.Terima kasih besr punya kepada mak yang dah hadiahkan sebijik motor pujaan hati aku. Really appreciate it. Kata mak ni hadiah sempena hari lahir aku yang ke-19 tahun esok. Wah, sayang mak sangat sangat. Engkaulah Ratu hatiku. Muahh mak ! Hah, malam ni aku dapat free call dari maxis sbb bsok lepas pukul 12 ni aku birthday girl. Heheh. Jgn jeles* Hahah. Okay ni shaja untuk hari ni. Mcm biasa ada rezeki post lagi. Bye!


Gong Xi Fa Cai 2012

Dimengarut oleh : Syazwani Ahamad , Sunday 22 January 2012

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Hahah. Apa khabar semua? Hah, mesti semua baik baik kan sebab semua orang dapat cuti. Wehee. Haha. Mesti ada yang pergi holiday, ada yg menternak lemak je kat rumah and bagai bagai laa. Hahah. Tapi aku rasa takpayah laa kan nak pergi holiday bagai sebab sekarang kan Chinese New Year, so jalan mmg jem sangat. Kakak kakak aku yang dari KL nak balik rumah aku yang kat Taiping ni pun amik masa berjam jam lamanya nak smpai sini. Dari 4jam je boleh sampai dah Taiping jadi smpai 10jam. Dashat kan jem. So, saranan aku baik duk rumah je rehat rehat dah dapat cuti ni kan. Lupakan laa hasrat hati yang nak pergi holiday tu. Hahah. Jadila mcm aku, dok rumah je jaga muka jaga badan. Hahah. Jaga badan yang tak dapat bayang tu, jaga badan bagi slim ke jaga badan bagi montel. Hahah. Tapi montel pun comel apa. Hahah. Haih panjangnya aku berleter kan. Act, just nak wish Happy Chinese New Year 2012 kepada semua rakyat malaysia yang berbangsa Cina. Wah raya sakan laa kan orang Cina. Raya dorang ada makan makan besar. Perut pun makin besar. Hahah. Depan rumah aku ni ada laa 2 buah rumah jiran aku yang berbangsa Cina. Yang sebuah rumah tu wow nmpak meriah gila, yang rumah sebelah lagi mmg tak raya tahun ni. Sebab apa tak raya? sebab beberapa bulan yang lepas ada berlaku kematian dalam salah seorang ahli keluarga mereka. So mengikut adat dan kepercayaan mereka kalau ada berlaku kematian dalam keluarga mereka pada tahun tu, maka secara tak langsungnya mereka tak boleh raya laa tahun tu. Hias rumah pun tak boleh. Kiranya mcm mereka kena bersedih laa atas kematian tu mengikut tempoh yang ditetapkan. Tu laa yang aku tahu. Tknak laa story lebih lebih kang salah fakta plak. Hahah.
So, Happy Chinese New Year to all Chinese people. 
May good luck and good fortune always be with you :)

Hah, ni saja untuk harini, mcm biasa ada rezeki post lagi. Bye !

Dari novel ke novel

Dimengarut oleh : Syazwani Ahamad , Wednesday 18 January 2012

Assalamualaikum and selamat pagi semua :) apa khabar? aku Alhamdulillah baik baim je. Heheh. Hah, haritu aku post entry pasal aku dapat keje ka. Tapi aku tak masuk keje lagi sbb boss aku call suruh aku masuk after Chinese new year nanti. So rehat laa dulu kan. Sambil sambil tu boleh laa aku membebel lagi kat blog aku ni. Heheh. Okay hari act aku nak membebel pasal cerita cerita novel ni. Mmg tak dinafikan laa kan cerita novel mmg best. Majoriti aku baca semua bestttttt. Bila baca mcm kita plak yang tengah alami keadaan cerita dalam novel tu kan. Bila start je baca mna boleh tinggal. Mesti nak baca lagi, nak baca lagi sebab nak tahu jugak apa akan jadi seterusnya. Tu laa yang best baca novel ni. Tapi aku skang jarang dah baca novel. Sekarang sbuk baca mesej je. Hahah. And aku rasa kan tak payah laa susah susah nak baca novel dah. Sebab apa aku kata mcm tu? Sebabbbbb, skang ni dah makin banyak laa pulak dah cerita yang diadaptasikan dari novel. Semua diolahkan balik then dijadikan cerita. So, tunggu jela depan tv tunggu episod seterusnya. Takpun beli cd or dvd, habis cerita. Hahah. Dah banyak dah cerita cerita dari novel ni. Agaknya laa kan diaorg ni malas nak pkir nak buat cerita apa. Dah takda idea maybe. Hahah. Senang cerita copy je jalan cerita yang dalm novel. Dah senang satu kerja. Hahah. Okay kat bawah ni ada antara cerita yang diadaptasikan dari novel :)
Cerita ni best gile, smpai jadi filem box office tuuu. Hahah
Penulis asal novel ni Ahadiat Akashah.
Ni lagi satu cerita kegilaan ramai. Hahah. Ni aku bagi thumbs up!
Lagu cerita ni pun best, tangkap habis laa cerita ni. Hahah
Penulis asal novel ni Fauziah Ashari.
Hah, ni pun cerita diadaptasikan dari novel. Cerita ni episod bukan filem.Cerita ni favourite aku skng lpas tamat cerita Tentang Dhia :)Tapi aku tak suka lagu dia. Errr, annoying gila !
Penulis asal novel ni Anis Ayuni :)
And lagi satu ialah Bicara Hati yang tengah hot ditayangkan di Astro Prima.Aku layan jugak cerita ni. Heheh. Besttt!
Penulis asal novel ni Damya Hanna. Heheh. Sedap nama nyahhh~

Hah, pokok pangkalnya semua cerita yang dari novel ni semua best best jalan cerita dia. Enjoy gila tengok. Aku pun rasa macam nak buat novel jugak laa, mana laa tahu kan rezeki aku ada pengarah filem mana mana pilih novel aku then buat cerita. Kaya aku. Hahah. Berangan and perasan sat* Hahah. Okay laa, dah letih membebel. Ni sahaja untuk hari ni. Ada rezeki post lagi. Bye !

345 and segmen !

Dimengarut oleh : Syazwani Ahamad , Monday 16 January 2012

Assalamualaikum kepada yang tengah membaca entry ni. Hahah. Rasa rasa kan aku nak cerita pasal apa pasal tittle 345 wohoo tu. Macam misteri gitu nyah~ Hahah. Bagi aku num yang sedap tu. Ikot tertib kan. Hahah. Hah, before this setiap kali genap je 100, 200 followers mesti aku update and tag sapa orang yang jadi follower yang ke 100 and 200 tu. And now kena kat batang hidung aku plak sebagai follower number yang cantik. Hahah. Hah, aku follower yang ke 345 :) Aku di tag oleh dfqa ! Jenguk jenguk laa blog die. Die suka Conan aku rasa. Tak caye g terjah blog die :) Okay ni bukti okay. Hahah.
Kalau tak nmpak zoom it okay :) Heheh. 
Thanks dfiqa sebab awak dah famouskan saya kat entry awak at least :) Hahah. 

Eh tak habis lagi. ada satu lagi aku di tag dalam satu segmen. Segmen Mr.Erad Fadli [Tingkatkan Follower dan Traffik]. Hah, tak sangka plak ditag sebagai bloger bertuah oleh Nysa :)
Hah, ni laa. Kalau tak nmpak zoom it jugak okey. Hahah
Ada tiga orang yang di tag and aku salah seorang dari tu. Thanks Nysa tag saya :) Heheh

Okay, ni sahaja untuk harini. Macam biasa, ada rezeki post lagi. Bye!

Follower yang ke-200 !

Dimengarut oleh : Syazwani Ahamad , Saturday 14 January 2012


Assalamualaikum, salam sejahtera kepada anda semua moga bahagia. Hahaha. Merapu dah haih* Okay semalam aku tengok followers aku dah ngam ngam soy 200 orang. Alhamdulillah syukur ada kawan kawan yg sudi follow blog aku yang mengarut and tak seberapa ni. Heheh. Terima kasih you all semua. Hah, nak tahu sapa follower yang ke 200 tu. Tengok kat atas yang follower yg first skali tu. Yang aku highlight hijau tu. Heheh. Dia adalah Lina :) Comel comel gitu org die. Heheh. Bukan Lina hangat tau. Tapi Nur Amalina . Heheh. Tahniah Lina awak jadi follower ke 200 saya :) Heheh. Follow follow laa Lina yee. Promot* Hahah. Okay lepas ni kite tengok sapa pulak follower yang ke 300. Heheh. Apapun thanks once again kat you alls semua yang dah follow blog aku ni. I really really appreciate :) tanpa korang tak laa smpai angka 200 ni. Heheh. Sapa yang dah follow tu and blogwalking tinggalkan link kat shoutbox aku confirm aku follow balik :) Okay i think ni shaja untuk harini. Mcm biasa ada rezeki post lagi :) Bye !

Alhamdulillah :)

Dimengarut oleh : Syazwani Ahamad , Thursday 12 January 2012

Assalamualaikum dan Selamat pagi semua :) Nak nyanyi sikit. Alhamdulillah syukur nikmat kepada Tuhan yang memberi rahmat. Oo, oo,oo. Hahaha. Sumbang ke laut* Hahah. Okay saje je bagi gimik sikit kan. Act, aku rasa syukur sangat and Alhamdulillah aku dah dapat kerja. Terima kasih Ya Allah :) Nak tahu aku dapat keja apa? Tak laa keja hebat hebat kan sebab takda diploma and ijazah or whatever kan. Result SPM pun tak kluar lagi. Kira ni kerja sementara laa kan. Hahaha. Okay let me tell you alls, aku dapat jadi full time cashier dekat Sen Heng. Act, seminggu lepas aku pergi interview. Terima ksih sangat dekat Shyful Nazli yang gtau kat aku yang kat Sen Heng tu ada vacancy. Dia laa suruh aku p try tanya. Then petang semalam baru dia call ckp aku dpat kerja kat situ. Wohoo, best sgt. Aku igt aku tak dapat dah kerja ni sbb lama tunggu diaorg punya confirmation tu. Mmg rasa dah nak cari kerja lain. Alhamdulillah dapat jugak kerja situ. Sen Heng tu laa first tempat aku g mntak keja and aku tak mntak langsung dah kat mana mana tempat kerja. Rezeki aku laa kan. Hahah. Tahu tak Sen Heng tu company apa. Alaa yang jual barang barang elektrik, laptop, camera, tv and mcm mcm laa. Nanti sapa nak order barang elektrik pm je aku. joking* Hahah. Nak kasi sikit tagline Sen Heng "Beza memang berbeza" Hahaha. Mcm lain mcm je kan. Hahaha. Ni laa first time aku nak mula kerja. Before this aku tak pernah kerja lagi. So, takda pengalaman apa apa laa. Buat kerja sekolah and kerja rumah tahu laa. Hahaha. Okay lepas ni mungkin laa aku jarang berfacebook and berblog-ing sbb busy dgn kerja. InsyaAllah ada masa lapang aku update laa blog ni. Hahah. Okay ni sahaja untuk pagi pagi buta ni. Mcm biasa, ada rezeki post lagi. Bye !

Congrat Ezani :)

Dimengarut oleh : Syazwani Ahamad , Monday 9 January 2012

Assalamualaikum and hai semua :) Hah, rasanya mcm dah lama ja aku tak update blog ni, alaa 4,5 hari je punnn. Hahah. Sebab apa lama tak update blog? Sebab Malasssssssss, hahah. Alaa korang nak kata apa pun kata laa. Sebab semua ada perangai macam aku ni. Tak kisah laa malas apa apa pun. Namanya tetap malas. Eh eh panjang plak cerita pasal malas ni. Sibuk je malas ni nak masuk dalam story ni. Shuhhh gi jauh jauh. Hah, pergi dah pun. Act, entry ni nak wish congrat dekat Ezani sebab Ezani pemenang MasterChef Malaysia yang pertama, bukan nk story pasal malas. Hahaha. Sure laa korang dah tahu kan. Haha. Suka sgt Ezani yang menang. Hah, rasa nak jerit laa plak , kasi lampu hijau eh 'horayyyyyy, Ezani menang Master Chef ! ' Hahaha. I peminat setia Ezani tau ? That's why over terlebih ni. Hahah. And aku suka dia menang sebab dia perempuan. Memang lumrah perempuan yang kena masak kan. So, kalau menang kat Uncle Wahidan alahai malu laa kaum perempuan. Hahah. Yang paling bestnya lepas ni Ezani dapat terbitkan buku masakan dia sendiri. Nak beli laa :) Hahah. Dari awal lagi mmg aku suka dia, gaya dia yg bersahaja je. Tak laa over Ezani ni. simple je orang dia.  Dalam diam diam ubi berisi rupanya :) Dah laa pandai, Doktor Gigi wow, rupa pun ada, pandai masak plak tu. Pakej tu. Lepas ni tukar kerja laa ye Ezani. Jadi tukang masak. Kerja doktor tu bagi aku. Hahah. *suka hati jaa kan. Hahah. Bagi aku laa kan Ezani ni mmg konsisten dalam masakan dia. Setahu aku dia tak pernah pun masuk penyingkiran. So, smua yang dia masak kira semua menjadi laa :) And apa pun, congrat jugak kat Uncle Wahidan sbb berjaya sampai ke peringkat final. Bukan senang kan nak smpai ke tahap tu. Semoga lepas ni mereka berdua masih meneruskan kerja mereka dlam bidang culinary ni. InsyaAllah and Amin. Okay ni sahaja untuk hari ni. Ada rezeki post lagi :) 
CONGRATULATION EZANI FARHANA !